APRIL 2024

Premier Sarawak, Isteri Santuni Kanak-Kanak Pusat Jagaan Nur Murni


KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang meneruskan jelajah minggu terakhir Ramadan dengan menyantuni kanak-kanak asnaf dari Pusat Jagaan Nur Murni, hari ini.

Majlis tersebut anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS).

Premier bersama-sama isteri menyampaikan sumbangan Hari Raya m kepada 35 penghuni pusat jagaan berkenaan. 

Turut disampaikan sumbangan berjumlah RM8,000 kepada pusat jagaan tersebut yang disempurnakan oleh Pengerusi SDEC dan CENTEXS Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani. 

Terdahulu, Premier Sarawak dan tetamu lain menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah bersama tetamu yang hadir dalam majlis tersebut. 

Hadir sama Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong merangkap Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS Dato Syeed Mohd Hussein Wan Abdul Rahman.